Promoted Content

Showing posts with label Go Blogging. Show all posts
Showing posts with label Go Blogging. Show all posts
Gambar kali bertajuk "hanyut"... hanyut tu boleh jadi macam-macam perkara.. Ramai orang takut hanyut di dunia ini.
Photographer: Fourgie
Lokasi: Sungai Desa Ibol, Lenggong, Perak
Kamera: Nikon D3100
Promoted Content
Balik kampung cuti raya lepas, macam-macam aku amik gambo.. dari manusia sampai la gambar haiwan.. Kali ni aku nak share gambar spender special, gambar amat bernilai terutama kepada gadis-gadis sunti.

Gambar yang aku maksudkan adalah gambar "Si Putera Katak".. kalau ikut kisah dogeng, kalau cium putera katak dan dia bertukar menjadi manusia (Jejaka Hensem), gadis itu akan dapat berkahwin dengan putera tu dan jadi kaya raya. Ada sesiapa nak cube?

 Sekali pandang kita tak kan perasan perbezaan batu dan katak tu.

Photographer: Fourgie
Lokasi: Desa Ibol, Lenggong, Perak
Kamera: Nikon D3100
Promoted Content
Ni gambar akak aku dengan anak sedara kat sungai.


Promoted Content
Sambil edit gambar-gambar nak masuk dalam video lagu GEMURUH untuk majlis graduation training esok sempat lagi mengepost blog.

nak tengok hasil video ni? tunggu esok la ye... mau lebam mata esok berjaga malam ni ahahahha

ni sambil tu tengah cari lagu-lagu 70's mat saleh nak guna esok... tu la sape suruh pilih tema 70's? kan dah pening

Pakcik layan je... :-)
Promoted Content
Setelah dekat 3 tahun aku gunakan modem kotak hitam P1 Wimax 4G, maka dah tiba masanya aku upgrade ke modem yang lebih baik dan laju.

Idea ni muncul dah lama,setiap kali lalu depan Maybank mesti ada bebudak P1 approach dan kata nak tolong upgrade kan modem aku, tapi aku KENA PERGI SENDIRI ke HQ P1 Wimax untuk return modem lama dan lepas tu baru lah aku boleh guna modem baru tu. Pasal nak ke PJ untuk pulang kan modem tu yang aku malas sekali, kata nak tolong tapi kita yang kena buat semua tu. Akhirnya terkubur niat aku tu.

Tiba-tiba minggu lepas ada satu chinese girl dari P1 Wimax call kata nak tolong upgradekan modem aku ke modem baru. Dia cakap tak payah susah, dia akan hantar seseorang untuk hantar modem baru pada masa yang sama dia akan kutip modem lama. Kira macam tukar ganti la. Aku suka dengan idea tu.

Apa yang aku perlu buat adalah hanya tunggu kat rumah, seseorang akan datang ambil. Aku perlu bayar RM100 sebagai deposit. Selain dari tu aku juga dapat modem WIGGY, di gunakan untuk mobile. senang nak bawak. 3 bulan boleh guna free lepas tu kena bayar hanya RM30/bulan.

Oklah sebab dah tolong uruskan semua, aku setuju jek dan pada hari yang di janjikan aku dah dapat modem p1 Wimax yang baru. Berikut adalah gambar-gambar modem tu.













Berkaitan kelajuan modem terbaru, aku masih cuba lagi.. tapi video nampaknya makin laju streaming nye. Opss sebelum aku terlupa kenapa aku suka guna P1? kerana ada wifi boleh kongsi dengan wife.
Siapa lagi kat sini guna P1 Wimax? macam mana pendapat anda? kenapa suka? kenapa tak suka?
Promoted Content
Sejak semalam hingga hari ni kecoh merata-rata kat wall facebook dan blog-blog sekitar Malaysia ni cerita pasal reload prepaid handphone kita akan di kenakan service tax 6 %.

Alah... kalau kita post macam mana pun tax tu tetap kena juga.

Tak payah la kita post pasal reload semua penyedia perkhidmatan mobile phone bukan saja hotlink akan kena 6 % nanti.
Tak payah la kita susah-susah post kat wall atau blog kita tentang harga prepaid akan naik.

Tak payah juga kita bagi contoh kalau sebelum ni prepaid RM10.. nanti akan jadi RM10.60 atau RM30 akan jadi RM31.80 

Tak payah la kita bagi tau semua orang yang benda ni akan start 15 September 2011 ni...

Cuba jadi cam aku ni.. tak de pun aku post benda-benda macam ni kat blog aku.

Eh! bukan ke aku pun tengah post benda tu ke?
Promoted Content