Promoted Content

Showing posts with label Kamera DSLR. Show all posts
Showing posts with label Kamera DSLR. Show all posts
alhamdulillah dah dapat dah... apa yang dah dapat tu? kalau masih ingat minggu dalam post lepas aku ada bagitau bahawa aku dalam proses nak beli Kamera DSLR Nikon 3100.

semalam dengan bantuan si Cengkih Emas aku dah berjaya beli Kamera DSLR Nikon D3100 dengn harga yang  agak berbaloi murah nye..

Petang semalam selepas conduct training kat Bangsar, kami sama-sama bergerak ke Low Yat. Asalnye memang dah ada tempat lain nak beli, si Cengkih Emas ni ada member kat JUSCO Taman Maluri yang jadi promoter kamera DSLR ni. Kalau ikut offer awal dia RM2100 body kit + free gift . Tapi sebelum buat keputusan nak beli kat jusco kena la buat bandingan dulu kat kedai lain di lowyat.

Setelah pusing 2 kedai kami singgah ke sebuah kedai kat lowyat tu... aku serahkan aje kat Cengkih Emas untuk teruskan deal dgn budak cina tu... bukan apa sebenarnya aku tak pandai sangat pasal camera DSLR ni.. so better aku dok diam2 tutup mulut...

Setelah lebih kurang 30 minit mengunakan skill tawar menawar dengan budak cina jaga kedai tu, akhirnya aku dapat la apa yang aku idamkan.Harga? lebih murah dari plan asal nak beli kat jusco, aku dapat harga RM1930 + RM38 (charge sbb gune kredit kad) = RM1938.. Murahkan? free gift pun macam-macam juga..

Ok ni la gambar kamera DSLR Nikon D3100 aku termasuk gambar2 lain.








bila tengok resit kad kredit tu rasa sedih gak sebab duit habis, tapi bila tengok balik barang aku beli senanggggg sikit hati...

Masih baru lagi dalam bidang photograpi ni tapi aku akan belajar banyak lagi dari kawan2 yang minat DSLR ni...

Promoted Content
Aku dalam sekarang dalam process nak beli DSLR NIKON D3100, dah lama mengidam dan sekarang saja rasa dah nak dekat dapat.
Aku buat keputusan untuk beli DSLR ni kerana sesuai untuk orang yang baru nak menapak dalam dunia photograph.
Cik Tulip pun dah excited nak ber DSLR ni... lepas ni blog dia tentu makin bergambar-gambar la nampaknye.
Target dalam minggu depan insyaallah akan uruskan hal membeli ni.. mana dapat duit? ehehhee hasil buat duit di internet dan juga duit sendiri lah...
Harap-harap best friend aku si Cengkih Emas akan dapat bantu aku dapat harga yang terbaik dan juga free gift yang banyak ehehhe tamak la... orang tamak selalu untung kan?

Semoga hari raya kali ni dapat ambil gambar suasana raya lebih cantik la... huhuhu insyaallah...
So kepada rakan-rakan dah guna DSLR harap2 ajar aku dan cik tulip ye camne nak jadi terer nanti :-)
Promoted Content