Promoted Content

Showing posts with label Kota Bangkok. Show all posts
Showing posts with label Kota Bangkok. Show all posts
Wah lambatnya update post pasal pegi bangkok ye? sori la aku busy sikit la sejak balik dari Bangkok hari tu... di saat aku tulis ni pun cuaca kat bangkok dah berubah dari masa aku pergi hari tu..

Sekarang ni dah banjir dah sungai Chao Praya... hampir semua tempat yang aku dan wife visit dah kena tenggelam dek air

Aku nak sambung kisah bercuti ni.. post sebelum ni aku dah cerita pasal perjalanan kami nak ke bangkok hingga lah sampai ke hotel.

Sekarang aku nak sambung tentang apa yang kami buat malam pertama.

Seperti yang aku dah bagitau sebelum ni kami belum makan lagi masa sampai ke hotel.. nak makan kat luar tak tahu tempat halal... lapar tak hengat dah masa tu...
Wife aku belek-belek beg jumpa la megi cawan... cayalah... dapat la isi perut jap...

Nak masak megi nak kena ada air panas.. ingat kan adalah water heater atau cerek dalam bilik.. tak jumpa la pulak.. yang jumpa hanya plush (entah betul ke tak ejaan ni) air yang tempat simpan air panas tu kat dalam bilik.
Biar betul? mana nak cari air kalau xde cerek...
Aku call si front office tanya pasal cerek..
sekali lagi aku tanya bior betui????
nak air kena bawah plush air tu ke luar bilik, tepi lift. kat situ ada macam water heater tempat hotel masak air..
pertama kali dalam hidup aku jumpa kes macam ni.. apa punya hotel da????

ok la asal ada sudah.. kami pun makan je la megi cawan tu...

malam dah sampai, kami kena cari tempat makan yang halal sebab nak kena makan berat gak ni... dah lembik ni...

Kami buat keputusan keluar cari tempat makan, kalau ikut cerita kawan2 yang pernah datang bangkok, ada tempat nama MBK macam sogo la...

kat situ senang nak cari makan halal.. ok la...
selepas naik teksi kami sampai ke MBK.. hentam je masuk.. naik ke tingkat atas.. alhamdulillah jumpa juga sebuah restoran halal. Nama restoran tu adalah Yana Restaurant


makanan kat sini sedap2 juga.. merasa la tomyam asli thailand.. pekat.. sedap.. tapi mahal gak la... selain tu kami juga order ayam masak bersama gajus...


selepas makan malam kami naik ke tingkat paling atas..rupanya kat situ ada macam bazar / kedai-kedai menjual macam-macam barang cenderahati.. murah2 pulak tu..

Kami dah rambang mata... tak banyak la beli tapi tetap macam2 ada...


Nak balik semula ke hotel agak mencabar bagi kami. Mencabar kerana apa? kerana cukup payah nak cari teksi murah atau tut tut yang nak hantar kami ke hotel.
Kalau datang tadi 60 Baht (RM6) tapi nak balik kena bayar 200  baht (RM20) mahal tu...

tanya tut tut pun sama juga mahal gak.. nak 100 Baht (RM10)


bila dah tawar menawar jumpa seorang drive tut tut ni... dia sanggup hantar dengan harga 80 baht (RM8) kira murah la sikit... tapi masalahnya pulak dia tak tahu hotel yang kami nak pegi tu kat mana?


tapi kami main hentam je la. bagi dia peta suruh dia try2 jalan...

dah pusing2 naik baik sampai hotel.. bagus tu si tut tut drive ni...


Akhirnya sampai juga..

malam yang mengujakan tapi tetap mencabar...

esok nak kena bangun pagi2 kerana kena ikut half day city tour yang kami dah bayar awal2.. masa nak dtg bangkok dulu..

malam yang penat tapi mengujakan... masa untuk tidur dulu...
Setakat ni dulu. nanti kita sambung lagi tentang pengalaman ke tempat-tempat menarik di sekitar bangkok...
Promoted Content
Kami bertolak agak pagi dari rumah.. semasa call airport limo ada bagitau dia flight pukul 11.30pg , mamat yang amik order to rekemen untuk kami amik teksi pukul 7.30pagi.. alamak awalnye... ye le ye le... aku ikut la cakap dia..


Pagi tu punye excited awal pulak kami ready, siap sempat pegi kedai mamak pekena roti canai sebelum naik teksi


Setiba di LCCT kami mula mencari-cari mesin self-checkin untuk dapatkan boarding pass dari Air Asia. 1st time   trip keluar dari Malaysia, so agak berhati-hati gak guna mesin-mesin ni takut salah lain pulak jadi nye. hahaha




Tunggu punya tunggu, tiba la masa untuk berlepas... alhamdulillah penerbangan selesa.. Cik wife pun teruja dapat tengok awan dari jarak dekat.. Di sebabkan perjalanan hanya 2 jam kami buat keputusan tak nak la beli makanan atas kapal terbang tu. Konon-konon nanti nak makan kat airport la.. (apa jadi lepas tu? baca terus...)


Setiba di Suvarnarbhumi International Airport, kagum juga dengan seni bina airport ni.. sempat la amik gambar sepuluh dua puluh keping sekeping dua posing cik wife macam biasa mesti ada background bunga :-)





Nak check out punye la lama, beratur panjang masa nak check passport tu... dalam dok boring tunggu giliran tu, terserempak dengan seorang rakyat Malaysia "Mr.Ken". Sempat la bersembang dengan Mr. Ken ni. Dia datang situ bukan untuk melancong tapi urusan kerja. Dia nak export serbuk santan ke Thailand.. wow.... hebat tu.. bukan barang Thailand je boleh tembus Malaysia, tapi barang kita pun boleh tembus sampai sini.



Setel chop pasport kami, kami terus ke pintu B, jumpa dengan tour guide kami.. kalau ikut Service Voucher dari travel again, tour guide kami nama Mr. Fat Ko.. (jangan la gelak....hahaha memang nama dia tulis macam tu ). Sekali yang datang nama "Mr. Mark"... lantak la kau, yang penting kami selamat. si Mark ni memang lucu orang nye.. suka buat lawak je kerja dia..




Masa dah dekat pukul 3.00 ptg... kami belum pun makan tenghari lagi... dah kira macam puasa la pulak. Tu la pasal sape suruh tak nak makan atas kapal terbang :-P


Perjalan ke hotel agak memenatkan sebab bukannya dia terus ke hotel tapi di pusing2 kan dulu keliling Bangkok, hantar lagi 3 orang pelancong malaysia ke hotel lain. Dah la tak makan lagi, pusing2 pulak tu. hadoi..


Sesampai ke hotel, kami terus check in dan rehat kat bilik. Hotel yang kami tinggal tu nama nye MIRAMAR HOTEL sebuah hotel 4 bintang kat Mahachai Road. Name jalan pun macam "machai" jek hahaha.


Bilik hotel tu kira ok la... simple tapi cantik gak... bilik air ok ada bath tub.. boleh le berendam nanti ni.






Dah pukul 5 petang.. kami belum makan tengahari lagi.. adoi mana la nak cari makanan halal petang-petang ni? dah la tempat asing.. keliling pulak kedai tak halal jek


Bersambung........... 
Promoted Content

Sehari lagi nak ke Kota Bangkok.. aku dengan cik wife sibuk dengan cari informasi pasal Kota Bangkok. Tanya kawan2... chat kat facebook, search kat google, baca blog orang lain dan macam-macam lagi lah.

Antara perkara menarik yang aku dah belajar kat internet ni adalah bahasa Thai versi mudah. Sesuai le untuk tourist macam aku dan cik wife. 

Kat bawah ni ada beberapa ungkapan biasa yang aku rasa akan di gunakan nanti. Jom belajat bahasa Thai sama-sama.

Thai Language Phrase (roughly) Actual Meaning
sao-what-dee Hello/Goodbye
cop-coon Thank You
hong-nam-you-tee-nay Where Is The Bathroom?
tao-rai How Much Is It ?
pang-maak It is Very Expensive
tuk-gwaa-dai-mai Cheaper - O.K.?
rong-rem Hotel
ran-ahaan Restaurant
rong-rem-siam-you-tee-nay Where Is The Siam Hotel?
mee-ahaan-mai-pet-mai Do You Have Food That Isn't Spicy?
mai-chop I Don't Like This
chop-maak I Like This Very Much
coon-soo-aye You Are Beautiful
coon-laaw You Are Handsome
ahaan-thai-aroy Thai Food Is Delicious
agat-rawn-maak The Weather Is Very Hot
taxi-meter Taxi In Bangkok
tuk-tuk Tuk Tuk 3 Wheeled Vehicle
tour-a-saap Telephone
tour-a-saap-moo-two Cellular Telephone
yaak-pai-haa-maw I Want To Visit A Doctor
yaak-pai-rong-pai-abaan I Want To Go To The Hospital
im-laew I Am Full Already (eating)

 Rasa-rasa ok ke kalau aku guna ungkapan2 ni aje... harap2 jangan salah bunyi sudah la... silap2 dia ingat mencarut pulak.
Promoted Content