Promoted Content

Showing posts with label Makan makan. Show all posts
Showing posts with label Makan makan. Show all posts
Pernah order Domino Pizza secara online? aku baru buat.. memang best memang sempoi... lepas order anda semua boleh tengok perkembangan order anda kat page GPS TRACKER ....  ni contoh order aku tadi.
masa dijanjikan 30 minit.. tapi 15 minit dah sampai.. sempoi... terbaek la DOMINO PIZZA ...
ok la ni nak makan dulu...  adoi baru teringat... untuk cabaran kurus tanpa lapar tak boleh makan karbohidrate.. ni pizza berketul-ketul punya karbohidrate.. spoil plan aku hari ni..



Gambar pizza? tak sempat ambik gambar dah habis...

Promoted Content
Pagi tadi lepas jogging dan senamrobik kat Taman Tasik Permaisuri perut mula berbunyi... lagu apa? lagu cinta buku kot? hehehe tak la.. lagu lapar la... Dah biasa dah pergi restoran mamak terutama Q Bistro kat Bdr Sri Permaisuri rasa bosan la pulak...
Nak try la pulak rasa breakfast kat tempat lain... baru teringat ada sebuah kopitiam baru buka dekat-dekat dengan rumah aku ni... nama dia Old Timer Kopitiam Cawangan Bandar Sri Permaisuri.. Ia milik 100% bumiputera dan kalau nak cari makan kopitiam yang kompom halal boleh la cuba kat sini.

View Larger Map
Design dan suasana kedai ni sama je macam kopitiam-kopitiam yang lain cuma aku rasa warna yang di pilih terlalu gelap la.. warna coklat gelap kalau tak silap...
Hari ni aku singgah untuk cuba-cuba rasa makanan & minuman kat sini...
Suasana tak sibuk sangat mungkin sebab baru buka dan tak ramai customer lagi.. cepat je adik waiter tu datang kat aku bawak menu...
cuba buka menu cari-cari apa yang best nak makan? tapi kecewa sikit sebab tak banyak pilihan pulak ada sikit sangat pilihan dia... roti bakar pun tak de... kopitiam pesen apa pulak ni...
Last-last aku pilih la nasi lemak telur mata dia.. harga?RM5.50... murah ke mahal? korang nilai la sendiri... ada kata mahal ada kata murah tul tak?
Minuman aku cuba kopi dia... RM2.80 harap-harap sedap ler..
Maaf gambar tak clear.. lupa bawak DSLR.. terpaksa guna handphone cap ayam aku ni
Pendapat aku pasal menu ni:
  1. Nasi Lemak - Terlalu lembik.. mungkin stail diorang macam tu kot.. tapi tak sesuai kat aku sebab dah rasa macam makan pulut la pulak.. tapi rasa nasi lemak tu memang lemak dan sedap la.. bau pun ok..
  2. Ikan bilis dan kacang - Ciput sangat.. sikit je.. tu tengok dalam gambar, leh kira berapa kacang dia
  3. Sambal - pedas sikit tapi sedap la jugak
  4. Telur - memuaskan hati
  5. Keropok - sedap tul... mana dia dapat ni.. aku nak order la..
  6. Kopi - Ermmm yang ni memang sedap... tak manis sangat tak pahit sangat tak lemak sangat.. ok la...
Secara keseluruhan menu ni ok jer... tak wow sangat la...
Tapi kalau korang nak cuba apasalahnya.... ada lagi menu lain.. jadi kalau ada jogging kat Taman Tasik Permaisuri ni singgah-singgah la kat Old Timer Kopitiam ni...
Promoted Content
Ni hasil kerja tangan semalam sebenarnya.. sementara nak tunggu siaran langsung perlawanan bola kelayakan Olympic Malaysia vs Bahrain sempat la masuk dapur, sarung apron & kuchar kachir kan dapur. Hari ni bagi cik wife rehat sikit la... Weekend Chef jalankan tugas..

Maka terhasillah mee bandung muar.. eh ni betul-betul mee bandung muar tau.. bukan mee bandung restoran tomyam yang berlambak kat KL ni. Beza mee bandung kat KL ni adalah cair.. jernih...rasa sos maggi... apa pun tak boleh....

Tapi ni Mee Bandung Muar original lain.... kuah pekat nak serupa mee rebus.... tapi penuh dengan udang kisar... bau udang jer...

 Kenapa aku panggil masakan hari ni Mee Bandung Muar Semi Homemade? sebab masak guna perencah. hahaha ni perencah original tau... hari tu dapat hadiah dari participant masa buat program kat muar... jenama dia MAK PON..
 Nak masak senang je.. boleh ikut cara kat belakang bungkusan.... satu bungkus ni boleh masak lebih kurang 4 - 6 kali masa.. jimat tu...
 Kalau ada kengkawan kat Muar tu kirim la kat diorang.. suruh pegi beli kat market muar tu.. murah je...
 amacam.. menyelerakan tak? telur meleleh lagi tu.... daging? tak terkira.. hahaha maklum la masak sendiri bantai masuk banyak-banyak...
Kalau betul-betul nak sedap kena tambah udang,sotong dan macam-macam lagi la... ini kira simple la...
Tapi itu pun sampai berpeluh-peluh muka dan tersandar kat sofa la lepas makan... hehehehe

Nak rasa?
Promoted Content
Duduk saja-saja hujung minggu ni aku rasa bosan la pulak... nak keluar makan lunch kat kedai pun malas jugak..
Jadi aku belek-belek barang-barang yang ada kat dapur terasa nak masak la lunch hari ni. Ktung ktang ktung ktang gaya Masterchef.. terhasillah "Spaghetti Surerumah".. Kenapa nama macam tu? sekali pandang macam spaghetti, sekali lagi pandang macam pasembur... ni kerja seorang surirumah surerumah
Apa-apa pun, rasa? sodap.. puji sendiri la nak buat macam mana.. cik wife tak de kat rumah nak rasa, jadi makan sorang puji sendiri lah hahahha..
oklah ni gambar hasil dari aktiviti kat dapur hujung minggu ni. Weekend Chef dengan ini mempersembahkan....
Spaghetti Surerumah!!!
Inilah Hasilnya
Amacam? siap ada hiasan lagi tu... leh masuk masterchef tak camni?
Menyelerakan tak?
Jemput makan!!!


Nak resepi ke? hahaha kena bagi komen kat bawah.. tulis "saya nak resepi tu" baru saya akan bagi :-)
Promoted Content
Sementara nak tunggu makan malam, sempat lagi pekena Kopi O panas cicah kuih bahulu... hidangan lengkap pembuka malam.

Promoted Content