Promoted Content

Showing posts with label Review Makan. Show all posts
Showing posts with label Review Makan. Show all posts
pernah pergi Muar tak? apa yang menarik kat sana?
Saya baru balik selepas 3 hari kat sana.  kalau nak explore sepenuhnya tempat2 kat Muar tu mmg tak sempat sbb siang kerja malam baru free.

So saya pun ajak2 la kawan2 kat muar pergi cari tempat-tempat makan yang sedap dan menarik kat muar. 

Rupa-rupanya Bandar Muar ni nama jalan dia semua nama-nama orang je. Jalan Ali la.. Jalan Abdullah la.. macam-macam lagi.

  
Kawan-kawan saya kat Muar ni beria-ria nak belanja saya makan asam pedas.. adoii saya memang suka pun Asam Pedas ni. Yang gambar kat atas ni saya tak ingat nama ikan tu tapi sedap

sambil tu sempat lagi ke kedai gubting rambut
Kasut Croc punya iklan tak rasmi
Restoran Darul Masyur
tu dia sup kambing pekat punya. Rupa-rupanya Darul Masyur ni dah beberapa generasi. kalau ikut explaination Farid dulu bapa mereka-mereka ni yang mulakan dan masa tu guna kedai bergerak yang kecil aje.
Pekena Sup Kambing bersama abg Daud, abd farid dan abg najib
Mee rebus ni memang sedap
Tu dia ada telur ayam kampung
Satay sudah mari
Jadi kebiasaan untuk orang Muar makan sate waktu sarapan
abg Daud suka benar kalau saya share gambar kat FB
Makan Asam Pedas di Mat Pon Parit Jawa bersama Abg Farid
Asam Pedas Kepala Ikan Merah
Bukan saja makan kat sana saya juga dihadiahkan 2 bungkus Asam Pedas untuk di bawa pulang kepada isteri.

kesimpulannya, saya rasa sangat gembira dan bersyukur ada rakan-rakan kat Muar yang begitu baik hati melayan saya.
Ada pulak pernah makan-makan kat Muar? Ada lagi tempat-tempat makan yang menarik?
Promoted Content
Masa baca kat internet ramai kecoh pasal Mee Rebus Tulang ZZ.. Kecur pulak air liur dan hati rasa nak try. Jadi minggu lepas sambil kerja outstation kat JB aku sempat la aku keluar sebelah malam untuk cari port port best untuk makan.

So Malam kedua aku ambil keputusan untuk cari restoran ZZ ni dan cuba apa yang special sangat?
Seperti yang aku dah bagitau dalam post lepas tentang service dari staff  Puteri Pan Pacific hotel, aku dapat la booking satu teksi untuk ke restoran ZZ ni. Tambang tak mahal sehala RM7 saja.
Alamat restoran ni: ZZ Sup Tulang, JKR Daerah, Jln Petrie, JB


View Larger Map
Masa sampai nampak restoran ni agak kedalam hutan sikit. tapi itu yang tambahkan keunikan nya.. di tambah dengan tempat makan yang berbentuk pondok-pondok lagi cool.
Jadi order pertama aku tentulah Mee Rebus Tulang. Cuba tengok gambar-gambar di bawah, menyelerakan tak?

Kuah Mee rebus ni memang pekat. Rasa mee rebus dia memang sempoi lah
Mee sikit je tapi tulang yang banyak.. nyum nyum yang best tak bau pun kambing dia..
Rasa? memang sedap.. tak pernah dapat rasa makan mee rebus sesedap ni
Tulang yang di gunakan adalah 100% tulang kambing... ada daging-daging melekat kat tulang..memang terbaik
Sedut jangan tak sedut.. sedapnya sum sum tulang ni...Slruuuuppp Slruuuppp...

Ini contoh pondok tempat makan kat restoran NZ ni..
kalau nak balik ke hotel tak perlu risau. walaupun jauh ke dalam tapi tokeynya sudi callkan teksi untuk kita.

Yang bagus lagi tokey dia atau mungkin chef mereka berinteraksi dengan dengan kita melalui facebook Fan page Restoran ZZ Sup Tulang.

Rating
Aku bagi 9/10 rating rasa mee rebus dia..kena kurang satu? sebab mee dia tak banyak membuat kan aku rasa masih lapar dan terpaksa order lagi satu hidangan :) aku order pulak Bihun Sup Tulang untuk kenyangkan perut aku. Post seterusnya pasal Bihun Sup Tulang ZZ pulak ok.. Jumpa lagi

Promoted Content
Pagi tadi lepas jogging dan senamrobik kat Taman Tasik Permaisuri perut mula berbunyi... lagu apa? lagu cinta buku kot? hehehe tak la.. lagu lapar la... Dah biasa dah pergi restoran mamak terutama Q Bistro kat Bdr Sri Permaisuri rasa bosan la pulak...
Nak try la pulak rasa breakfast kat tempat lain... baru teringat ada sebuah kopitiam baru buka dekat-dekat dengan rumah aku ni... nama dia Old Timer Kopitiam Cawangan Bandar Sri Permaisuri.. Ia milik 100% bumiputera dan kalau nak cari makan kopitiam yang kompom halal boleh la cuba kat sini.

View Larger Map
Design dan suasana kedai ni sama je macam kopitiam-kopitiam yang lain cuma aku rasa warna yang di pilih terlalu gelap la.. warna coklat gelap kalau tak silap...
Hari ni aku singgah untuk cuba-cuba rasa makanan & minuman kat sini...
Suasana tak sibuk sangat mungkin sebab baru buka dan tak ramai customer lagi.. cepat je adik waiter tu datang kat aku bawak menu...
cuba buka menu cari-cari apa yang best nak makan? tapi kecewa sikit sebab tak banyak pilihan pulak ada sikit sangat pilihan dia... roti bakar pun tak de... kopitiam pesen apa pulak ni...
Last-last aku pilih la nasi lemak telur mata dia.. harga?RM5.50... murah ke mahal? korang nilai la sendiri... ada kata mahal ada kata murah tul tak?
Minuman aku cuba kopi dia... RM2.80 harap-harap sedap ler..
Maaf gambar tak clear.. lupa bawak DSLR.. terpaksa guna handphone cap ayam aku ni
Pendapat aku pasal menu ni:
  1. Nasi Lemak - Terlalu lembik.. mungkin stail diorang macam tu kot.. tapi tak sesuai kat aku sebab dah rasa macam makan pulut la pulak.. tapi rasa nasi lemak tu memang lemak dan sedap la.. bau pun ok..
  2. Ikan bilis dan kacang - Ciput sangat.. sikit je.. tu tengok dalam gambar, leh kira berapa kacang dia
  3. Sambal - pedas sikit tapi sedap la jugak
  4. Telur - memuaskan hati
  5. Keropok - sedap tul... mana dia dapat ni.. aku nak order la..
  6. Kopi - Ermmm yang ni memang sedap... tak manis sangat tak pahit sangat tak lemak sangat.. ok la...
Secara keseluruhan menu ni ok jer... tak wow sangat la...
Tapi kalau korang nak cuba apasalahnya.... ada lagi menu lain.. jadi kalau ada jogging kat Taman Tasik Permaisuri ni singgah-singgah la kat Old Timer Kopitiam ni...
Promoted Content
Di manakah nak makan ikan bakar? Baru-baru ni aku dan & cik wife ada cuba makan kat Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Desa Tun Razak @ Bandar Tasik Selatan. Berikut adalah gambar-gambar dan review aku tentang tempat ni.
Kat depan Restoran Sekinchan Ikan Bakar, cawangan Desa Tun Razak

Permata hatiku sedang sedut jus dua gelas sekali tu..

suasana dalam kedai... 

hahaha cuma 3 ekor udang.. nak rasa je..

Ikan pari bakar.. bukan pari-pari

Ini Sotong bakar.. bukan sutun ok..

"aaa...mana mata ku " kata si ikan....

Dah sedia nak mengempur... makan jangan tak makan

Selepas kejadian..inilah hasilnya.. lincin.
Secara ringkasnya:
Baik :-
  1. Tempat memang tak sibuk, jadi senang nak parking,
  2. Tempat senang nak cari, cuma kena masuk ke dalam sikit je
  3. Sasa ikan bakar dan seafood bakar yang lain memang fresh dan sedap. 
  4. Kuah / sos sodap
  5. Masa menunggu hanya sekejap..kurang dari 30min (kalau lebih 30min kita akan dapat diskaun 25%)
Perlu Diperbaiki:
  1. Nasi lemak cepat sangat habis
  2. Pilihan seafood sangat terhad atau mungkin dah habis kot.. kerang, lala tak de pun?
  3. Pekerja hampir semua Bangla yang tak paham sangat kita cakap apa
  4. Order air tembikai laici.. sampai tembikai aje..laici belum petik dari pokok kot?
  5. Tokey dia kot atau mungkin staff dia buka buku akaun depan customer... nak kira untung pun kat belakang / dalam office la oii..
Rumusan:
Sekinchan ikan bakar memang sedap tapi di cawangan Desa Tun Razak tidak dapat memenuhi expectation aku...

Rating: 5/10
Promoted Content