Promoted Content

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts
Setelah dekat 3 tahun aku gunakan modem kotak hitam P1 Wimax 4G, maka dah tiba masanya aku upgrade ke modem yang lebih baik dan laju.

Idea ni muncul dah lama,setiap kali lalu depan Maybank mesti ada bebudak P1 approach dan kata nak tolong upgrade kan modem aku, tapi aku KENA PERGI SENDIRI ke HQ P1 Wimax untuk return modem lama dan lepas tu baru lah aku boleh guna modem baru tu. Pasal nak ke PJ untuk pulang kan modem tu yang aku malas sekali, kata nak tolong tapi kita yang kena buat semua tu. Akhirnya terkubur niat aku tu.

Tiba-tiba minggu lepas ada satu chinese girl dari P1 Wimax call kata nak tolong upgradekan modem aku ke modem baru. Dia cakap tak payah susah, dia akan hantar seseorang untuk hantar modem baru pada masa yang sama dia akan kutip modem lama. Kira macam tukar ganti la. Aku suka dengan idea tu.

Apa yang aku perlu buat adalah hanya tunggu kat rumah, seseorang akan datang ambil. Aku perlu bayar RM100 sebagai deposit. Selain dari tu aku juga dapat modem WIGGY, di gunakan untuk mobile. senang nak bawak. 3 bulan boleh guna free lepas tu kena bayar hanya RM30/bulan.

Oklah sebab dah tolong uruskan semua, aku setuju jek dan pada hari yang di janjikan aku dah dapat modem p1 Wimax yang baru. Berikut adalah gambar-gambar modem tu.













Berkaitan kelajuan modem terbaru, aku masih cuba lagi.. tapi video nampaknya makin laju streaming nye. Opss sebelum aku terlupa kenapa aku suka guna P1? kerana ada wifi boleh kongsi dengan wife.
Siapa lagi kat sini guna P1 Wimax? macam mana pendapat anda? kenapa suka? kenapa tak suka?
Promoted Content
Menurut Mashable.com, Google+ iaitu saingan terbaru untuk Facebook Like telah mendapat 20 Juta  pelawat 60% adalah berumur 18 ke 25 tahun dan  63% adalah lelaki.


Hanya 5 Juta pengguna berada di U.S., setakat ni antara pengguna paling banyak adalah berbangsa India, jumlah mereka hampir 3 juta orang.


Wow! ramai betul orang yang mencuba guna Google+ ni ye.. nak lawan facebook like la tu...
tapi kalau nak guna google+ ni tak semua orang boleh suka-suka hati buka akaun, kena dapat jemputan dari orang yang dah guna baru boleh...

nampaknya orang malaysia lambat lagi la nak boleh guna ni...

Tapi aku tak heran suatu hari nanti nama Malaysia akan termasuk juga dalam statistik ini. Orang Malaysia ni kan gila IT hehehe sama macam kita blogger-blogger Malaysia dan pengguna facebook malaysia.
Promoted Content