Promoted Content

Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Selepas tonton rancangan "Raikan Cinta bersama AirAsia" slot Ana Raffali dan Suaminya di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia minggu lepas saya mula buat research lebih terperinci. Di bawah ni adalah video trailer slot Ana Raffali dan suami beliau di Padang, Memang menarik.



Hasil dari aktiviti "merajinkan diri" saya buat reseach, saya dapati ada beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi di Padang, Indonesia. Antara destinasi yang ramai kunjungi Danau Singkarak, Danau Meninjau, Rumah kelahiran Prof Dr Hamka, Air terjun Lembah Anai, Green Canyon Ngarai Sianok, Lubang Jepun dan lain-lain lagi.
Sumber: Yahoo Travel

Sumber: Suritera
Sumber : Suritera
Sumber: Travel Sempoi
Sumber: Travel Sempoi
Sumber: Travel Sempoi

Antara aktiviti menarik pula adalah bershopping, bersantai di tepi laut, mandi manda di air terjun dan menonton tarian atas kaca yang menyeramkan.
Kalau anda tengok seni budaya di Padang ini, pakaian traditional, bahasa, seni ukir rumah mereka ni begitu serupa dengan golongan minangkabau di Negeri Sembilan.

Insyaallah suatu hari nanti saya nak bawa Isteri dan anak-anak saya melancong ke sana dan saya akan kongsikan gambar-gambar hasil aktiviti kami pulak ye.

Di bawah saya kongsikan pula video dari youtube tentang promosi pelancongan di Padang, Indonesia. Agak menarik bagi saya. Mari kita saksikan bersama.

Promoted Content
Semalam sedang shopping kat VIVA HOME dan tiba-tiba aku terkejut kerana ternampak cendawan gergasi tumbuh melata kat dalam VIVA tu.
Cute tak cendawan ni?



Promoted Content
Masa baca kat internet ramai kecoh pasal Mee Rebus Tulang ZZ.. Kecur pulak air liur dan hati rasa nak try. Jadi minggu lepas sambil kerja outstation kat JB aku sempat la aku keluar sebelah malam untuk cari port port best untuk makan.

So Malam kedua aku ambil keputusan untuk cari restoran ZZ ni dan cuba apa yang special sangat?
Seperti yang aku dah bagitau dalam post lepas tentang service dari staff  Puteri Pan Pacific hotel, aku dapat la booking satu teksi untuk ke restoran ZZ ni. Tambang tak mahal sehala RM7 saja.
Alamat restoran ni: ZZ Sup Tulang, JKR Daerah, Jln Petrie, JB


View Larger Map
Masa sampai nampak restoran ni agak kedalam hutan sikit. tapi itu yang tambahkan keunikan nya.. di tambah dengan tempat makan yang berbentuk pondok-pondok lagi cool.
Jadi order pertama aku tentulah Mee Rebus Tulang. Cuba tengok gambar-gambar di bawah, menyelerakan tak?

Kuah Mee rebus ni memang pekat. Rasa mee rebus dia memang sempoi lah
Mee sikit je tapi tulang yang banyak.. nyum nyum yang best tak bau pun kambing dia..
Rasa? memang sedap.. tak pernah dapat rasa makan mee rebus sesedap ni
Tulang yang di gunakan adalah 100% tulang kambing... ada daging-daging melekat kat tulang..memang terbaik
Sedut jangan tak sedut.. sedapnya sum sum tulang ni...Slruuuuppp Slruuuppp...

Ini contoh pondok tempat makan kat restoran NZ ni..
kalau nak balik ke hotel tak perlu risau. walaupun jauh ke dalam tapi tokeynya sudi callkan teksi untuk kita.

Yang bagus lagi tokey dia atau mungkin chef mereka berinteraksi dengan dengan kita melalui facebook Fan page Restoran ZZ Sup Tulang.

Rating
Aku bagi 9/10 rating rasa mee rebus dia..kena kurang satu? sebab mee dia tak banyak membuat kan aku rasa masih lapar dan terpaksa order lagi satu hidangan :) aku order pulak Bihun Sup Tulang untuk kenyangkan perut aku. Post seterusnya pasal Bihun Sup Tulang ZZ pulak ok.. Jumpa lagi

Promoted Content
Pagi tadi lepas jogging dan senamrobik kat Taman Tasik Permaisuri perut mula berbunyi... lagu apa? lagu cinta buku kot? hehehe tak la.. lagu lapar la... Dah biasa dah pergi restoran mamak terutama Q Bistro kat Bdr Sri Permaisuri rasa bosan la pulak...
Nak try la pulak rasa breakfast kat tempat lain... baru teringat ada sebuah kopitiam baru buka dekat-dekat dengan rumah aku ni... nama dia Old Timer Kopitiam Cawangan Bandar Sri Permaisuri.. Ia milik 100% bumiputera dan kalau nak cari makan kopitiam yang kompom halal boleh la cuba kat sini.

View Larger Map
Design dan suasana kedai ni sama je macam kopitiam-kopitiam yang lain cuma aku rasa warna yang di pilih terlalu gelap la.. warna coklat gelap kalau tak silap...
Hari ni aku singgah untuk cuba-cuba rasa makanan & minuman kat sini...
Suasana tak sibuk sangat mungkin sebab baru buka dan tak ramai customer lagi.. cepat je adik waiter tu datang kat aku bawak menu...
cuba buka menu cari-cari apa yang best nak makan? tapi kecewa sikit sebab tak banyak pilihan pulak ada sikit sangat pilihan dia... roti bakar pun tak de... kopitiam pesen apa pulak ni...
Last-last aku pilih la nasi lemak telur mata dia.. harga?RM5.50... murah ke mahal? korang nilai la sendiri... ada kata mahal ada kata murah tul tak?
Minuman aku cuba kopi dia... RM2.80 harap-harap sedap ler..
Maaf gambar tak clear.. lupa bawak DSLR.. terpaksa guna handphone cap ayam aku ni
Pendapat aku pasal menu ni:
  1. Nasi Lemak - Terlalu lembik.. mungkin stail diorang macam tu kot.. tapi tak sesuai kat aku sebab dah rasa macam makan pulut la pulak.. tapi rasa nasi lemak tu memang lemak dan sedap la.. bau pun ok..
  2. Ikan bilis dan kacang - Ciput sangat.. sikit je.. tu tengok dalam gambar, leh kira berapa kacang dia
  3. Sambal - pedas sikit tapi sedap la jugak
  4. Telur - memuaskan hati
  5. Keropok - sedap tul... mana dia dapat ni.. aku nak order la..
  6. Kopi - Ermmm yang ni memang sedap... tak manis sangat tak pahit sangat tak lemak sangat.. ok la...
Secara keseluruhan menu ni ok jer... tak wow sangat la...
Tapi kalau korang nak cuba apasalahnya.... ada lagi menu lain.. jadi kalau ada jogging kat Taman Tasik Permaisuri ni singgah-singgah la kat Old Timer Kopitiam ni...
Promoted Content
Jimat giler aku hari ni.... beli buku punye la banyak tak habis pun duit dalam wallet... berapa harga aku dapat? beli buku-buku harga RM200 lebih dengan harga RM33 je... mana tak nye... Paling mahal harga cuma RM5... yang aku tak tahan novel setebal kamus dewan pun harga RM5 jugak...
Banyak tak? ni baru aku punye.. tak campur cik wife lagi...
Banyak tak buku-buku ni? macam lautan...
Macam-macam jenis ada... harga? paling mahal RM5
Tengok....  masing-masing bawak kotak... borong beb... termasuk aku pun bawak kotak jugak hahahaha
banyak sangat pilihan kalau setakat sejam belum tentu puas lagi...
Sebab ramai sangat ada juga buku koyak-koyak... tak boleh refund ok.... alah.. RM5 je.. tak payah pikir sangat pasal kulit buku tu
pintu masuk
ada pak guard tau.. jangan curi.
buku-buku aku beli tadi... banyak kan? tebal kan? total RM33 je..






Entah bila nak start baca atau bila nak habis semua.. tak kisah lah.. yang penting sementara ada offer sambar je dulu... 
Eh sebelum terlupa mega sale ni oleh Big Bad Wolf.. itulah yang diorang tulis kat plastik... 
Tempat yang aku pergi ni nama dia South City Plaza, Seri Kembangan, Kuala Lumpur...
dan offer ni akan berakhir pada 28hb Nov 2011 ni aje. so cepat-cepat le pegi ok..
Promoted Content
Di manakah nak makan ikan bakar? Baru-baru ni aku dan & cik wife ada cuba makan kat Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Desa Tun Razak @ Bandar Tasik Selatan. Berikut adalah gambar-gambar dan review aku tentang tempat ni.
Kat depan Restoran Sekinchan Ikan Bakar, cawangan Desa Tun Razak

Permata hatiku sedang sedut jus dua gelas sekali tu..

suasana dalam kedai... 

hahaha cuma 3 ekor udang.. nak rasa je..

Ikan pari bakar.. bukan pari-pari

Ini Sotong bakar.. bukan sutun ok..

"aaa...mana mata ku " kata si ikan....

Dah sedia nak mengempur... makan jangan tak makan

Selepas kejadian..inilah hasilnya.. lincin.
Secara ringkasnya:
Baik :-
  1. Tempat memang tak sibuk, jadi senang nak parking,
  2. Tempat senang nak cari, cuma kena masuk ke dalam sikit je
  3. Sasa ikan bakar dan seafood bakar yang lain memang fresh dan sedap. 
  4. Kuah / sos sodap
  5. Masa menunggu hanya sekejap..kurang dari 30min (kalau lebih 30min kita akan dapat diskaun 25%)
Perlu Diperbaiki:
  1. Nasi lemak cepat sangat habis
  2. Pilihan seafood sangat terhad atau mungkin dah habis kot.. kerang, lala tak de pun?
  3. Pekerja hampir semua Bangla yang tak paham sangat kita cakap apa
  4. Order air tembikai laici.. sampai tembikai aje..laici belum petik dari pokok kot?
  5. Tokey dia kot atau mungkin staff dia buka buku akaun depan customer... nak kira untung pun kat belakang / dalam office la oii..
Rumusan:
Sekinchan ikan bakar memang sedap tapi di cawangan Desa Tun Razak tidak dapat memenuhi expectation aku...

Rating: 5/10
Promoted Content
Wah lambatnya update post pasal pegi bangkok ye? sori la aku busy sikit la sejak balik dari Bangkok hari tu... di saat aku tulis ni pun cuaca kat bangkok dah berubah dari masa aku pergi hari tu..

Sekarang ni dah banjir dah sungai Chao Praya... hampir semua tempat yang aku dan wife visit dah kena tenggelam dek air

Aku nak sambung kisah bercuti ni.. post sebelum ni aku dah cerita pasal perjalanan kami nak ke bangkok hingga lah sampai ke hotel.

Sekarang aku nak sambung tentang apa yang kami buat malam pertama.

Seperti yang aku dah bagitau sebelum ni kami belum makan lagi masa sampai ke hotel.. nak makan kat luar tak tahu tempat halal... lapar tak hengat dah masa tu...
Wife aku belek-belek beg jumpa la megi cawan... cayalah... dapat la isi perut jap...

Nak masak megi nak kena ada air panas.. ingat kan adalah water heater atau cerek dalam bilik.. tak jumpa la pulak.. yang jumpa hanya plush (entah betul ke tak ejaan ni) air yang tempat simpan air panas tu kat dalam bilik.
Biar betul? mana nak cari air kalau xde cerek...
Aku call si front office tanya pasal cerek..
sekali lagi aku tanya bior betui????
nak air kena bawah plush air tu ke luar bilik, tepi lift. kat situ ada macam water heater tempat hotel masak air..
pertama kali dalam hidup aku jumpa kes macam ni.. apa punya hotel da????

ok la asal ada sudah.. kami pun makan je la megi cawan tu...

malam dah sampai, kami kena cari tempat makan yang halal sebab nak kena makan berat gak ni... dah lembik ni...

Kami buat keputusan keluar cari tempat makan, kalau ikut cerita kawan2 yang pernah datang bangkok, ada tempat nama MBK macam sogo la...

kat situ senang nak cari makan halal.. ok la...
selepas naik teksi kami sampai ke MBK.. hentam je masuk.. naik ke tingkat atas.. alhamdulillah jumpa juga sebuah restoran halal. Nama restoran tu adalah Yana Restaurant


makanan kat sini sedap2 juga.. merasa la tomyam asli thailand.. pekat.. sedap.. tapi mahal gak la... selain tu kami juga order ayam masak bersama gajus...


selepas makan malam kami naik ke tingkat paling atas..rupanya kat situ ada macam bazar / kedai-kedai menjual macam-macam barang cenderahati.. murah2 pulak tu..

Kami dah rambang mata... tak banyak la beli tapi tetap macam2 ada...


Nak balik semula ke hotel agak mencabar bagi kami. Mencabar kerana apa? kerana cukup payah nak cari teksi murah atau tut tut yang nak hantar kami ke hotel.
Kalau datang tadi 60 Baht (RM6) tapi nak balik kena bayar 200  baht (RM20) mahal tu...

tanya tut tut pun sama juga mahal gak.. nak 100 Baht (RM10)


bila dah tawar menawar jumpa seorang drive tut tut ni... dia sanggup hantar dengan harga 80 baht (RM8) kira murah la sikit... tapi masalahnya pulak dia tak tahu hotel yang kami nak pegi tu kat mana?


tapi kami main hentam je la. bagi dia peta suruh dia try2 jalan...

dah pusing2 naik baik sampai hotel.. bagus tu si tut tut drive ni...


Akhirnya sampai juga..

malam yang mengujakan tapi tetap mencabar...

esok nak kena bangun pagi2 kerana kena ikut half day city tour yang kami dah bayar awal2.. masa nak dtg bangkok dulu..

malam yang penat tapi mengujakan... masa untuk tidur dulu...
Setakat ni dulu. nanti kita sambung lagi tentang pengalaman ke tempat-tempat menarik di sekitar bangkok...
Promoted Content