Promoted Content

Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts
Universal Studio Singapore.. memang dah lama nak pergi bercuti ke sana.

Pengalaman_Universal_Studios_Singapore

Cik Wife pun dah tanya beberapa kali ajak pegi sana. Alasan selalu adalah sibuk... Alasan kedua pulak adalah tak de budget... macam-macam lah kau ni fauzi..

Tapi kali ni nekad.. alasan akan sentiasa menghalang kita dari berjaya.. jadi kali ni MESTI JADI punyalah.. Insya-Allah..

Cik Wife bagi tau bahawa dia akan free sikit pertengahan bulan June.. Saya pulak mula belek-belek jadual ada tak kelas untuk saya conduct ada pertengahan June.. alamakatak... ada da... siap kena pergi ke outstation "penang" lagi tu..

Dalam hati.. Ini kalilah.. ini kalilah.. mesti jadi jugak... haha.. belek-belek 21 June - 23 June 2013 akan free tak ada kelas untuk saya conduct.. set.. terbaek.. Alhamdulillah..

Maka bermulalah aktiviti belek-belek Groupon pulak.. tu dia rezeki bergolek.. ada pakej tiket UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE + HOTEL + MEAL VOUCHER .. Harga deal agak baik hanya RM436 (jimat RM 209)..

groupon singapore

Confirm jadi beli @GROUPON ni..

Tapi ada beberapa masalah:
  1. Passport kami berdua dah tamat tempoh
  2. Dua-dua tak pernah pergi singapore.. so kalau macam mana nak ke Universal Studio tu?
  3. Pakej Groupon tu hanya untuk 2 hari 1 malam aje.. takkan penat-penat drive dari KL-JB pastu duduk semalam je?
Kami berdua berbincang dan buat keputusan bersama untuk pastikan jadi juga percutian kami ke Universal Studio Singapore ni.
  1. Passport kena buat SEGERA.. hujung minggu depan kena pergi PUTRAJAYA buat juga
  2. dah tak pernah pergi singapore jangan ngada-ngada nak cuba-cuba cari sendiri.. so kami tambah RM100 untuk booking coach transfer ke sana.. (untung tokey travel agen tu angkara kami yang bukan kaki explore ni)
  3. extend semalam lagi kat hotel tu.. cuma tambah lagi RM100 semalam.. (ok la tu...)
Jadi setelah contact travel agen berkaitan, kami pun beli pakej Groupon tu..

Kos keseluruhan:

Pakej Groupon (Hotel+tiket+meal voucher+coach transfer: RM540 (Harga asal RM845.. Alhamdulillah Jimat)

Extend Hotel Booking 1 malam : RM100 (Bayar berasingan)

Ni antara gambar-gambar berkaitan.

HOTEL GRAND SENTOSA JOHOR BAHRU



UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE



Kredit kepada Groupon

Jadi "terbooking" lah akhirnya hahaha..

Pakej+Percutian+Groupon+Universal Studio Singapore

happy cik wife bila dapat tau.. nak bergambar banyak-banyak..

Semoga semuanya berjalan lancar..

P/S: Sila komen kalau kat bawah kongsi pengalaman anda ke sana, atau apa-apa saja komen ye..
Promoted Content
Insyaallah hujung bulan ini aku dan wife akan meluangkan masa bersama melancong ke kota Bangkok. Hari ni sempena hari minggu, aku meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian tentang percutian ke kota Bangkok. Dengan bertemankan pakcik "google" aku cari blog-blog yang kongsi pengalaman dan tip-tip untuk melancong ke Kota Bangkok ni.
guna gambar blog orang lain dulu :-) sebab belum pergi
Antara tip-tip yang masih di cari adalah "bagaimana mengenal kedai makan halal di Bangkok" , "Senarai restoran halal di Bangkok". Kritikal tau info pasal ni. Setelah baca-baca sikit blog orang yang dah pergi Bangkok, dapat la juga sikit-sikit tip nak cari makan halal ni.Tapi masih mencari lagi. Kalau sesiapa ada, kongsi-kongsi la kat bahagian komen ye.

Selain tu sebab ni pertama kali nak bercuti ke luar negara, aku tengah cari juga tips dan panduan sebelum bercuti ke kota bangkok, pasal keselamatan, pertukaran wang asing, camne nak naik kapal terbang (dah book air asia) ke sana dan lain-lain.

Pasal tempat nak dilawati kami tak risau sangat sebab dah booking package. Nanti ikut aje lah mana tour guide tu nak bawa kami. Hari pertama half day city tour hari ke-2 free and easy. Kalau ikut pakej tour guide akan bawak kami half day tour ke:

  • Sungai Chao Praya
  • Wat Arun
  • Gem Gallery & Leather Shop

So kalau nak ke tempat lain dengan masa yang masih banyak tu kena la cari sendiri...  antaranya tengah baca top 10 tempat yang perlu dilawati di Bangkok ok lah nak sambung research, kalau anda nak membantu sila tulis kat komen ye.. kalau ada link blog korang yang berkaitan pun sila letakkan ye.
Promoted Content
Alhamdulillah baru je check kat PTPTN sama ada kena blacklist ke tidak dan hasilnye "TIDAK". nasib baik bayar jugak walau pun tak tetap...Seram juga sebab dapat tahu ada member-member yang tak boleh pegi oversea semata-mata kerana kena blacklist oleh PTPTN kerana tak bayar pinjaman...
Saya sendiri dah beli tiket nak ke Bangkok bulan September ni.. seram gak kalau ini menghalang niat nak melancong ke obersea ni..
Untuk pengetahuan anda sekiranya anda tak bayar pinjaman PTPTN dan kena blacklist anda akan ditahan oleh Imigresen dari naik kapal terbang... kita hanya akan boleh keluar negara clear 50% dari pinjaman kita tu... adoi.. tu la boleh bayar sikit-sikit tak nak bayar.. kena bayar seketul 50% kan dah terkial2 heheh
Kat sini saya nak share macam mana anda boleh check status blacklist anda. Saya gunakan cara SMS aje sebab lebih senang.. kat bawah saya ambil dari website PTPTN. Senang je anda boleh mula sekarang.
Kemudahan kepada peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan dan pendeposit untuk mengetahui baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara cepat dan tepat dengan menggunakan telefon mudah alih. Cuma taipkan:
 
Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPIN<>NOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636

Untuk semakan baki pinjaman pendidikan anda:
PTPTN PINJAM<>NOKP<>NOPIN

Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654

Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPN<>NO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986



Untuk semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:
PTPTN LEGAL<>NOKP
<>NOPIN
dan hantar ke 33199

Dimaklumkan perkhidmatan sms ecukai ditangguhkan atas kerja-kerja penyelenggaraan.

Caj 50 sen akan dikenakan bagi setiap SMS.

Beroperasi 24 jam sehari.

NOTA : Untuk pembelian no pin Permohonan Pinjaman Online melalui SMS, klik di sini.
 Harap informasi ni berguna untuk anda.

Kepada yang tak kena blacklist dan nak melancong ke oversea, selamat melancong dengan aman  hehehe

Kalau ada masalah nak try sms tu contact saya kat bahagian komen ok
Promoted Content