Promoted Content

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Selalu masak ujung minggu je bila wife pegi study tapi hari chef fourgie masak hari biasa lak hehehe..
Maklum le ada family nak datang rumah ari ni.
Aku ambil kesempatan hari cuti cuti ni masuk dapur nak masak mee rebus bandung muar semi homemade lagi sekali. Cuma kali ni aku tambah udang kat dalam mee bandung tu... yang lepas masuk daging sahaja.
Apakah yang akan jadi? Kita tunggu bila dah siap nanti hehehe
Promoted Content
Nak rasa? boleh. tu rasa dengan mata aje lah ye.. aku tadi dah berjaya masak masakan paling mencabar iaitu Nasi Goreng Tunamagik Seksi.. yang seksi tu saja aku bubuh nama aje.. baru nampak ganas sikit hahaha.

Dah pernah masak guna Tunamagik? Tunamagik ni keluaran Ayam Brand.

Kalau guna Tunamagik ni kita boleh masak nasi goreng tanpa menggolek menggoreng. Aik macam mana tu? nasi goreng mesti goreng ni tak goreng?

Jom tengok kat bawah gambar-gambar proses aku masak Nasi Goreng Tunamagik seksi.


 Sediakan Tunamagik Ayam Brand mengikut perisa kegemaran anda. Hari ni saya pilih perisa sambal.
 Ambil 2 mangkuk atau sesuai untuk hidangan 2 orang nasi yang masih panas.
 Buka Penutup Tunamagik Ayam Brand tadi.. kalau anda pilih perisa sambal macam ni la rupanya.. yang lain aku tak pernah cuba lagi.
 Tuangkan Tunamagik Ayam Brand kat atas nasi panas kita tadi.
 Gaulkan nasi dan Tunamagik Ayam Brand tadi.. bagi rata macam gambar di atas.
Untuk membuatkan ia lebih seksi, tambah telur mata kerbau..
macam mana? senang tak nak masak ni?

Rasa dia? ermm sedap jugak.. bagus untuk kesihatan kerana kurang masin.

Sedikit kekurangan adalah nasi goreng ni tak panas.. sebab bila kita gaul nasi panas tu.. kepanasan dah hilang.  pandai-pandai la korang camne nak bagi panas.. masuk dalam periuk semula dan reheat pun salah satu teknik.
Cubalah.. memang cepat

Promoted Content
Minggu lepas dah masak Italian food, minggu ni aku sekali lagi pakai apron weekend chef aku.. tapi kali ni nak masak masak Malaysia la pulak (mungkin la kot).
Minggu ni hasil dari kreativiti dan nafsu makan  inovasi maka terhasillah satu lagi masakan resipi hujung minggu untuk yang senang nak di masak oleh para suami... Nasi goreng Sardin Bedal da.... eh silap Nasi Goreng Sardin Berdadar. :-)


Nasi Goreng Sardin Berdadar
Nasi Goreng Sardin Berdadar
Ni kasi letak mayonis sikit...
Resepi : Nasi Goreng Sardin Berdadar
Oleh: Weekend Chef FourGie


Bahan-bahan:
1. apa je ada kat dapur
2. Apa je ada kat dapur


hahahaha gurau je..
So kepada sesiapa yang nak cuba terutama para suami, try jgn tak try... sodap tak sodap no.2 ahahah
Promoted Content
Duduk saja-saja hujung minggu ni aku rasa bosan la pulak... nak keluar makan lunch kat kedai pun malas jugak..
Jadi aku belek-belek barang-barang yang ada kat dapur terasa nak masak la lunch hari ni. Ktung ktang ktung ktang gaya Masterchef.. terhasillah "Spaghetti Surerumah".. Kenapa nama macam tu? sekali pandang macam spaghetti, sekali lagi pandang macam pasembur... ni kerja seorang surirumah surerumah
Apa-apa pun, rasa? sodap.. puji sendiri la nak buat macam mana.. cik wife tak de kat rumah nak rasa, jadi makan sorang puji sendiri lah hahahha..
oklah ni gambar hasil dari aktiviti kat dapur hujung minggu ni. Weekend Chef dengan ini mempersembahkan....
Spaghetti Surerumah!!!
Inilah Hasilnya
Amacam? siap ada hiasan lagi tu... leh masuk masterchef tak camni?
Menyelerakan tak?
Jemput makan!!!


Nak resepi ke? hahaha kena bagi komen kat bawah.. tulis "saya nak resepi tu" baru saya akan bagi :-)
Promoted Content
Dalam post lepas aku ada update tentang aktiviti baru my wife cik tulip bulan-bulan puasa ni... plan tahun ni tak nak beli kuih rasa sebab dah ada oven untuk buat sendiri..

Dua tiga hari lepas buat almond london....

Semalam cik tulip cuba resepi baru buat Biskut Chocolate Chip pulak...


nak tergelak pun ada sebab round 1 semua biskut chocolate chip tu hangus, dah boleh panggil coffee chip dah rupanya... tengok kat bawah ni hah... ada berani makan?


 Setelah cuba bakar sekali lagi.. alhamdulillah berjaya juga.... gambar kat bawah buktinya... baru la boleh dipanggil biskut choclate chip


Ni baru rupanya.... kalau rasanye pulak? sodap.....  bahagian rupa kena kemaskan sikit lagi kot biar chocolate chip tu timbul2 sikit....


Ermmmm wangi nye... eh mana lah korang leh bau kan?ni kan blog.... mungkin raya next year boleh order kot kalau nak rasa? hehehehe just joking... buat suka2 je ni...
Promoted Content