Promoted Content

Berhati-hati kalau nak beli ebook-ebook di Malaysia

by 5:22 PM 4 comments
Sejak kebelakangan ini ramai betul internet marketer a.k.a internet entrepreneur muncul kat malaysia ni. Ada yang baru berjinak-jinak dan ada juga otai yang dah bertahun-tahun buat bisnes kat internet ni. Kebanyakan mereka-mereka ni menawarkan ebook-ebook dan video-video panduan perniagaan internet.

Sekiranya anda seperti saya baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes internet ni kita kena berhati-hati sikit terutama apabila membeli ebook atau video yang dipromokan oleh internet marketer ni.

Ada produk yang berguna ada juga yang sampah... yang berguna ni biasanya dihasilkan oleh Internet Marketer yang memang dah berjaya dalam bisnes yang anda nak buat tu..

Sebagai contoh kalau anda nak beli ebook tentang ebay pastikan anda beli dari usahawan ebay yang memang terlibat dalam bisnes ebay dan dah berjaya. Jangan beli ebook kalau penulisnya tak dapat buktikan hasil pendapatan ebaynya. Ada Ebook perniagaan eBay kat malaysia ni pun yang macam sampah... promo gile-gile macam la teknik rahsia dalam ebook dia tu lepas anda beli tentu anda akan menyesal kerana hanya teknik biasa-biasa aje... Bukan saya kata semua ebook Ebay ni sampah tapi ada segelintir penulis ebook yang ambil kesempatan menipu pembeli-pembeli. Saya sendiri memulakan dengan membeli dari beberapa orang usahawan ebay yang boleh dipercayai dan alhamdullillah ada hasilnya.Nanti saya akan senaraikan penulis ebook eBay yang boleh dipercayai ye dalam post lain.

Kalau nak terlibat dalam bisnes pemasaran affiliate / affiliate marketing belilah dari mereka-mereka yang sentiasa berada di tempat teratas dalam senarai pemasar sesuatu produk. Pastikan mereka buktikan pendapatan komisen mereka kepada anda. Lagi konsisten lagi bagus. kalau setakat satu produk jual 3 - 4 biji aje... komisen 100 -200 aje tak payah la beli kat mereka. Cari yang pakar dalam teknik pemasaran affiliate. Lagi bagus anda mengikuti perkembangan dia di facebook, tengok apa aktiviti dia.. kalau boleh jangan beli ebook dia selagi tak dapat tengok bukti income dia.. (internet marketer ni selalunya suka share screen shoot atau gambar income diorang hehehe)


Saya ada juga terjumpa website yang menjanjikan pendapatan beribu-ribu ringgit.. nak dapat ebook tu kena bayar RM200 - 300... lepas bayar download rupanya teknik dia adalah suruh anda buka website macam dia juga lepas tu ajar u jual ebook yang sama dengan harga RM200-300 juga... so isi ebook? hampeh.. bayar RM300 hanya untuk copy teknik dia sebiji.. memang la "DIA" dapat beribu-ribu ringgit hasil dari jual ebook sampah.. dalam bahasa lebih profesional "SCAM"

Ok lah setakat itu dulu. sebagai kesimpulan saya (baru bertatih sebagai Internet Entrepreneur ni) berharap kita sama-samalah berhati-hati kalau nak beli ebook panduan-panduan perniagaan internet ni. Walau bagaimana pun, bagi saya adalah perlu untuk anda membeli ebook-ebook dan video-video panduan perniagaan internet ni asalkan dari mereka-mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.
Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

4 comments :

  1. Herm , itu pasal aku tak pernah beli ebook

    ReplyDelete
  2. kodet: saya masih beli ebook tapi dari penulis yang boleh dipercayai... bagi saya kodet kalau nak terlibat dalam perniagaan internet tapi tak pernah beli ebook mmg rugi.
    banyak teknik2 dan panduan2 yang bagus yang kita tak tahu hanya kerana takut nak beli ebook.

    ReplyDelete
  3. tak semua. Ada yang memang ok.

    ReplyDelete
  4. boleh bg penjual ebook yang boleh dipercayai?

    ReplyDelete