Promoted Content

Mengapa saya kata Filem Nur Kasih tak sehebat Drama Nur Kasih?

by 8:08 PM 3 comments

Filem:
Nur Kasih The Movie


Pengarah:
Khabir Bhatia


Genre:
Drama


Pelakon:
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudah, Mia Sara Nasuha,
Liza Othman, Dato Rahim Razali, Afida Es, Syafie Naswip, Norman Hakim & Etc.

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan kisah hidup Adam, Nur dan Aidil selepas Aidil kehilangan isterinya, Alia yang terlibat di dalam satu insiden kemalangan. Jika sebelum ini Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam namun kini dia perlu menempuhi pelbagai lagi dugaan sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Mariam. Manakala Adam dan Nur pula selalu diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan dan cabaran seperti keguguran dan kesihatan. Ada satu watak akan pergi meninggalkan dunia menghadap Ilahi tetapi siapakah orangnya? Adakah daripada watak utama? Apakah sebabnya? Saksikan sendiri filem penuh dengan keagamaan dan air mata ini di pawagam berhampiran anda.


Pendapat Saya:

Pada saya kita boleh kategori kat filem ini bergenre kekeluargaan, kerohanian dan kasih sayang. Kekuatan kasih sayang antara suami isteri, adik abang dan anak dan ibu amat ketara. 
Kekuatan iman kepada Allah menjadi antara intipati filem ni. Adakala kekuatan itu di cabar dengan dugaan-dugaan seperti keguguran kandungan, kemalangan yang hampir meragut nyawa orang tersayang, orang tersayang hilang entah di mana di padang pasir yang cukup luas dan banyak lagi. Namun sekiranya kita yakin dengan kekuasaan Allah, segalanya akan dapat di atasi. 
Kali ini selain dari kisah Nur dan Adam, terselit juga kisah kehidupan orang lain sekitar mereka. Kisah anak-anak jalanan yang ingin kembali kejalan benar juga dapat anda ikuti. 
Untuk tahu bagaimana ia kait mengait anda perlu saksikan sendiri ok

Kekurangan filem ini: 
Pada saya kali ini kisah Nur dan Adam kurang konflik.. dah tak ada Sara adik  Nur yang dahulunya penuh dengki, iri hati dan dendam yang sebelum ini membuatkan kita menyumpah sara. Walaupun sara kita benci tapi kita tak sabar nak tengok episode seterusnya kerana ada sara ni.
Filem ni macam tak cukup "rempah ratusnya"
Selain itu CGI effect yang digunakan untuk letupan keretapi pun tak real. Suasana sekitar kawasan letupan pun tak mengambarkan impak dari letupan. 

Kekuatan filem ini.
Seperti Drama bersiri Nurkasih keindahan suasana dalam filem ni tak dapat disangkal. Kita dihidangkan dengan kecantikan sawah padi, kehidupan kampung. Pada masa yang sama kita dibawa melancung ke Jordan... suasana padang pasir dan batu batan di sana amat memukau.
Khabir Bhatia seperti biasa bijak menggunakan kamera dari pelbagai sudut membuatkan kita selesa menonton.
 
Nasib baik pelakon-pelakon hebat yang meneraju filem ini mengimbangi kekurangan yang ada. Semua pelakon berlakon dengan penuh perasaan.


Rating: saya cuma beri 3.5/5 untuk filem Nur Kasih the Movie ini kerana pada saya ia menarik dari segi sinematografi tapi kurang dari jalan ceritanya.

"kurang rempah ratus"nye setuju tak? kenapa?


Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

3 comments :

  1. belum pegi tengok lagi, but, thanks for the review ye =) Jemput dtg blog =)

    ReplyDelete
  2. selamat menonton aini... dah pegi blog dah.. nanti review gak filem ni k...mungkin pendapat aini lain hehehe

    ReplyDelete