Seperti yang telah tertulis dalam post yang lepas : Menentang serangan Kungfu Panda bersama-sama Member se ofis, saya , cik tulip dan member se ofis dah berjaya tonton movie Kung Fu Panda 2 kat Berjaya Times Square.
Selepas tonton filem ni saya boleh katakan bahawa semua orang patut tengok filem ni sebab memang menghiburkan. sesuai untuk semua peringkat termasuk keluarga. Sebagai panduan kepada anda saya akan beri 5 sebab mengapa saya kata anda perlu tonton filem ni.
- Anda akan jatuh hati dengan ke"cute"an PO ( si panda)
- Ia akan mengajar anda erti kerja berkumpulan bila tengok macam mana PO dan rakan-rakan bekerjasama
- Ia mengajar anda kebaikan berfikiran positive.
- Filem ni memang lawak.. lawak giler... nak pecah perut gelak dari mula sampai habis
- jalan cerita filem ni memang best, tersusun, menghiburkan.
Okla banyak lagi sebabnya tapi saya pilih 5 sebab ni sebagai "gula-gula" untuk ajak anda pergi sendiri tonton filem ni.
Sinopsis filem Kungfu Panda 2 ni:
Ia adalah sambungan dari Kung Fu Panda 1, di mana selepas Po disahkan sebagai pahlawan naga, dia dan rakan-rakan lain menjaga keamanan kampung mereka. Po macam biasa memang lawak bila jumpa makanan, ada saje yang tak kena.
Po telah di arah oleh tok gurunya untuk menewaskan musuh baru mereka si merak yang bercadang nak menakluki China dengan meriam-meriam hebatnya.
Semasa dalam perjalanan nak menewaskan simerak ni macam-macam perkara lucu berlaku.
Satu lagi perkara yang tak disangka-sangka juga berlaku. Po secara tak sengaja dapat mengetahui asal usulnya.. dan rupa-rupa dia dan si merak ada kaitan.
Satu lagi perkara yang tak disangka-sangka juga berlaku. Po secara tak sengaja dapat mengetahui asal usulnya.. dan rupa-rupa dia dan si merak ada kaitan.
Ok la anda perlu pergi saksikan sendiri bagaimana kesudahan filem Kung Fu Panda 2 ni.
Fourzie: Sekali-sekali tengok di panda ni macam diri sendiri jek hehehehe ops...
0 comments :
Post a Comment