Promoted Content

Amaran Sekiranya Nak Mandi Kat Tempat Perkelahan Sungai Desa Air Ibol

by 10:12 PM 0 comments
Raya tahun ni aku agak kerap ke sungai Desa Air Ibol (Depan Rumah Aku Aje) maklum le sejak dah ada Nikon D3100 ni. Kena lak anak-anak sedara aku jenis suka sangat mandi sungai, kadang-kadang baru pukul 8 pagi dah meloncat dah kat dalam sungai yang sejuk-sejuk tu.
Dalam sibuk-sibuk ambil gambar tu aku terpandang signboard yang ada kat tepi sungai tu. Dulu ada satu je (rujuk gambar) sekarang dah tambah lagi satu.. amboi...
Bila baca-baca seram gak...ye la mana tau ada virus ke, parasit ke, bakteria ke? Bahaya ke mandi sungai ni? cuba baca sendiri kat bawah.


Tapi sebagai penduduk yang dah bertahun-tahun tinggal kat tepi sungai Desa Air Ibol ni aku yakin sungai ni tak la merbahaya. Mungkin ni sebagai peringatan sebab kan kalau tak silap beberapa bulan lepas ramai yang meninggal kat kat salah sebuah sungai kat mana entah. bukan la air Ibol..

Air Ibol ni best.. walau pun air nye tak dalam tapi jernih, sejuk dan menyegarkan... walaupun tak luas tapi sekampung nak mandi pun rasanya cukup...

Ok lepas ni aku kongsi pulak gambar-gambar kawasan mandi manda ni ok.

Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

0 comments :

Post a Comment