Hotel yang aku maksudkan tu adalah Puteri Pan Pacific Hotel dan ia terletak di Jalan Abdullah Ibrahim dan Jalan Salim, JB (sila rujuk peta kat bawah)
Kalau anda dari Senai Airport kena naik teksi tambangnya ketika post ni ditulis adalah RM44.
View Larger Map
Beberapa perkara yang aku nak kongsi pasal pengalaman tinggal kat hotel ni adalah.
Yang Best:
- Biliknya cantik dan bersih. Kat bawah aku ada letak gambar-gambar dari dalam bilik hotel.
- Kaki tangan peramah. Kalau bosan sorang-sorang pegi je lepak lobi tu dan tegur brother-brother concierge yang jaga pintu tu. macam-macam diorang akan cakap. Kalau nak tau mana tempat sedap untuk makan, just tanya je.. diorang akan rekemen yang best best..
- Senang nak ke tempat-tempat yang kita nak tuju. Just bagi tau kat Bro jaga pintu tu diorang akan tolong call teksi untuk anda. kalau nak ke airport petang pun boleh booking pagi-pagi lagi.
- Ada swimming pool yang agak besar. best gak lepak dan berenang dalam tu. selalunya tak ramai orang. kalau tak silap kolam tutup pukul 9.00mlm
- Ada Gym, Sauna dan Jacuzzi (Free untuk tetamu hotel).. agak lengkap Gym dia. Yang paling best dapat masuk sauna dan Jacuzzi. lepas penat2 kerja sempat main gym kejap pastu masuk sauna bagi berpeluh tak henggat last berendam dalam jacuzzi. Kalau tak silap tutup pukul 11.00mlm
- Setiap malam boleh layan live band kat lobby. layan..
- Boleh nampak Singapura terus dari tingkap :-)
Yang tak berapa best:
- Breakfast tak banyak pilihan. kalau dah duduk lebih sehari kita dah mula rasa bosan sebab breakfast sama setiap hari.
- Internet kalau nak guna kena bayar.. adoi..
- Kalau tak naik teksi tak dapat merasa makan makanan best sebab lokasi hotel ni tak de restoran best-best sekitar nya.
Pemandangan dari kanan katil
Hehehe
Cantikkan pemandangan pagi dari bilik hotel?
Jadi sekiranya anda mencari hotel nak tinggal di JB, aku cadangkan Puteri Pan Pasific Hotel ni.
Kalau nak tau lebih pasal hotel ni lawati website mereka dengan --- klik di sini
Secara keseluruha aku bagi rating : 7/10
0 comments :
Post a Comment