Promoted Content

Akhirnya impian ku tercapai.. selamat datang NIKON D3100

by 8:41 AM 1 comments
alhamdulillah dah dapat dah... apa yang dah dapat tu? kalau masih ingat minggu dalam post lepas aku ada bagitau bahawa aku dalam proses nak beli Kamera DSLR Nikon 3100.

semalam dengan bantuan si Cengkih Emas aku dah berjaya beli Kamera DSLR Nikon D3100 dengn harga yang  agak berbaloi murah nye..

Petang semalam selepas conduct training kat Bangsar, kami sama-sama bergerak ke Low Yat. Asalnye memang dah ada tempat lain nak beli, si Cengkih Emas ni ada member kat JUSCO Taman Maluri yang jadi promoter kamera DSLR ni. Kalau ikut offer awal dia RM2100 body kit + free gift . Tapi sebelum buat keputusan nak beli kat jusco kena la buat bandingan dulu kat kedai lain di lowyat.

Setelah pusing 2 kedai kami singgah ke sebuah kedai kat lowyat tu... aku serahkan aje kat Cengkih Emas untuk teruskan deal dgn budak cina tu... bukan apa sebenarnya aku tak pandai sangat pasal camera DSLR ni.. so better aku dok diam2 tutup mulut...

Setelah lebih kurang 30 minit mengunakan skill tawar menawar dengan budak cina jaga kedai tu, akhirnya aku dapat la apa yang aku idamkan.Harga? lebih murah dari plan asal nak beli kat jusco, aku dapat harga RM1930 + RM38 (charge sbb gune kredit kad) = RM1938.. Murahkan? free gift pun macam-macam juga..

Ok ni la gambar kamera DSLR Nikon D3100 aku termasuk gambar2 lain.








bila tengok resit kad kredit tu rasa sedih gak sebab duit habis, tapi bila tengok balik barang aku beli senanggggg sikit hati...

Masih baru lagi dalam bidang photograpi ni tapi aku akan belajar banyak lagi dari kawan2 yang minat DSLR ni...

Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

1 comment :