by
9:05 AM
4
comments
Alpha Lipid SD II
alpha lipid SD2
diet
Kurangkan Berat Badan
Kurus Tanpa Lapar
slim diet
Weight Loss With Fauzi
Dah masuk hari kedua cabaran kurangkan berat badan dalam masa sebulan. hari ni agak mencabar sikit sebab tadi ada open house anjuran ofis aku.. wadoi... termakan juga karbohidrate... fuh fuh fuh... kena kembali kepangkal jalan. Esok nekad NO CARBOHYDRATE please....Disebalik cabaran open house tu segala yang patut dibuat sudah dibuat...
ada minum Alpha Lipid SD2, ada exercise ringan.. ada minum air kosong yang banyak.. yang tak ade nya hanyalah isu karbohidrate ni...
Baiklah biar saya kongsi bagaimana saya akan buat program diet kurangkan berat badan selama sebulan ni. Saya sebenarnya sedang mula program minum Alpha Lipid SD II. Walaupun dah mula 2 tin susu ni masa puasa dan raya tapi aku sendiri tau bahawa segala tu tak bermakna sebab tiba raya je semua plan diet hancusss..
Disebabkan itu aku "restart" semula program ni.
Aku beli sekali lagi 2 tin susu alpha lipid SD II tapi kali ni beli dengan orang yang dah berjaya kurangkan berat badan sebanyak 31 kg dalam masa 2 1/2 bulan... kalau nak berjaya kena belajar dari orang yang berjaya. Aku siap register jadi ahli lagi.. sebab bila jadi ahli harga lebih murah...
Oklah lain kali la cerita pasal ahli-ahli ni.. sekarang nak cerita pasal diet yang aku amalkan.
Berdasarkan manual yang diberi dan juga nasihat Faizal, aku tak perlu berlapar cuma kena reject karbohidrate dan banyakkan protein.
Sepanjang program diet ni aku akan minum susu Alpha Lipid SD II dan aku akan minum sebanyak 4 kali sehari. bruppppp.... kembung perut minum susu nampaknya? hahahah Tak apa yang penting cabaran disahut.
untuk cepatkan pembakaran lemak aku perlu campurkan sebanyak dua kali sehari susu Alpha Lipid SD 2 dengan Virgin Olive Oil dan Apple Vinegar Cider.
Bluekkk..... tak berapa sedap.. kalau susu saja ok la, sedap sikit. Ni dia apa yang aku kena minum...
Shake.. shake.. shake.. minum...
Lepas tu kena makan protein macam ayam, telur, daging dll dan makan banyak sayur, pasti cuba kena exercise ringan 30 minit sehari.. tak lupa kena minum 2 liter air setiap hari...
Cukup la dulu update hari ini.. harap anda semua akan support usaha saya ini.
Jumpa lagi malam esok untuk update hari ke-3
misi suamiku sama seperti misimu..Cabaran 60 hari katanya.tapi dia setia pada herbalife
ReplyDeleteaku yang naik pening, kejap bulat,kejap kurus..sukatilah lakiku oii..I tetap sayang =)
nk try jgk la cabaran ni..brt bdn dh naik :(
ReplyDelete@norinaomar bagus la macam tu.. harap2 dapat hasil sama2 dgn aku hahaha produk lak masing2 ada kelebihan sendiri... cuma aku lebih selesa guna Alpha Lipid SD II sebab tak payah berlapar hehehe
ReplyDelete@sutera kasih jom la sama2 buat cabaran ni.. beli la alpha lipid SD 2 dulu heheheheh
ReplyDelete