pernah pergi Muar tak? apa yang menarik kat sana? Saya baru balik selepas 3 hari kat sana. kalau nak explore sepenuhnya tempat2 kat Muar tu mmg tak sempat sbb siang kerja malam baru free.
So saya pun ajak2 la kawan2 kat muar pergi cari tempat-tempat makan yang sedap dan menarik kat muar.
Rupa-rupanya Bandar Muar ni nama jalan dia semua nama-nama orang je. Jalan Ali la.. Jalan Abdullah la.. macam-macam lagi.
Kawan-kawan saya kat Muar ni beria-ria nak belanja saya makan asam pedas.. adoii saya memang suka pun Asam Pedas ni. Yang gambar kat atas ni saya tak ingat nama ikan tu tapi sedap
sambil tu sempat lagi ke kedai gubting rambut
|
Kasut Croc punya iklan tak rasmi |
|
Restoran Darul Masyur |
|
tu dia sup kambing pekat punya. Rupa-rupanya Darul Masyur ni dah beberapa generasi. kalau ikut explaination Farid dulu bapa mereka-mereka ni yang mulakan dan masa tu guna kedai bergerak yang kecil aje. |
|
Pekena Sup Kambing bersama abg Daud, abd farid dan abg najib |
|
Mee rebus ni memang sedap |
|
Tu dia ada telur ayam kampung |
|
Satay sudah mari |
|
Jadi kebiasaan untuk orang Muar makan sate waktu sarapan |
|
abg Daud suka benar kalau saya share gambar kat FB |
|
Makan Asam Pedas di Mat Pon Parit Jawa bersama Abg Farid |
|
Asam Pedas Kepala Ikan Merah |
Bukan saja makan kat sana saya juga dihadiahkan 2 bungkus Asam Pedas untuk di bawa pulang kepada isteri.
kesimpulannya, saya rasa sangat gembira dan bersyukur ada rakan-rakan kat Muar yang begitu baik hati melayan saya.
Ada pulak pernah makan-makan kat Muar? Ada lagi tempat-tempat makan yang menarik?
Promoted Content
orang Muar termasuk kat kampung aku memang sate tu jadi sarapan.Ikan tu namanya ikan mayong, kat area pt jawa n muar daging ikan tu lembut je, mak Kota Tinggi kata ikan mayong kat area Kota Tinggi tak berapa sedap
ReplyDeleteMayong putih lbh sedap dr mayonh hitam..
ReplyDeleteMayong putih lbh sedap dr mayonh hitam..
ReplyDelete