Cik Wife pun dah tanya beberapa kali ajak pegi sana. Alasan selalu adalah sibuk... Alasan kedua pulak adalah tak de budget... macam-macam lah kau ni fauzi..
Tapi kali ni nekad.. alasan akan sentiasa menghalang kita dari berjaya.. jadi kali ni MESTI JADI punyalah.. Insya-Allah..
Cik Wife bagi tau bahawa dia akan free sikit pertengahan bulan June.. Saya pulak mula belek-belek jadual ada tak kelas untuk saya conduct ada pertengahan June.. alamakatak... ada da... siap kena pergi ke outstation "penang" lagi tu..
Dalam hati.. Ini kalilah.. ini kalilah.. mesti jadi jugak... haha.. belek-belek 21 June - 23 June 2013 akan free tak ada kelas untuk saya conduct.. set.. terbaek.. Alhamdulillah..
Maka bermulalah aktiviti belek-belek Groupon pulak.. tu dia rezeki bergolek.. ada pakej tiket UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE + HOTEL + MEAL VOUCHER .. Harga deal agak baik hanya RM436 (jimat RM 209)..
Confirm jadi beli @GROUPON ni..
Tapi ada beberapa masalah:
- Passport kami berdua dah tamat tempoh
- Dua-dua tak pernah pergi singapore.. so kalau macam mana nak ke Universal Studio tu?
- Pakej Groupon tu hanya untuk 2 hari 1 malam aje.. takkan penat-penat drive dari KL-JB pastu duduk semalam je?
- Passport kena buat SEGERA.. hujung minggu depan kena pergi PUTRAJAYA buat juga
- dah tak pernah pergi singapore jangan ngada-ngada nak cuba-cuba cari sendiri.. so kami tambah RM100 untuk booking coach transfer ke sana.. (untung tokey travel agen tu angkara kami yang bukan kaki explore ni)
- extend semalam lagi kat hotel tu.. cuma tambah lagi RM100 semalam.. (ok la tu...)
Kos keseluruhan:
Pakej Groupon (Hotel+tiket+meal voucher+coach transfer: RM540 (Harga asal RM845.. Alhamdulillah Jimat)
Extend Hotel Booking 1 malam : RM100 (Bayar berasingan)
Ni antara gambar-gambar berkaitan.
HOTEL GRAND SENTOSA JOHOR BAHRU
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
Kredit kepada Groupon
Jadi "terbooking" lah akhirnya hahaha..
happy cik wife bila dapat tau.. nak bergambar banyak-banyak..
Semoga semuanya berjalan lancar..
P/S: Sila komen kalau kat bawah kongsi pengalaman anda ke sana, atau apa-apa saja komen ye..
0 comments :
Post a Comment