Promoted Content

Tak boleh pergi oversea kerana kena blacklist PTPTN? Cara nak check status

by 6:34 AM 1 comments
Alhamdulillah baru je check kat PTPTN sama ada kena blacklist ke tidak dan hasilnye "TIDAK". nasib baik bayar jugak walau pun tak tetap...Seram juga sebab dapat tahu ada member-member yang tak boleh pegi oversea semata-mata kerana kena blacklist oleh PTPTN kerana tak bayar pinjaman...
Saya sendiri dah beli tiket nak ke Bangkok bulan September ni.. seram gak kalau ini menghalang niat nak melancong ke obersea ni..
Untuk pengetahuan anda sekiranya anda tak bayar pinjaman PTPTN dan kena blacklist anda akan ditahan oleh Imigresen dari naik kapal terbang... kita hanya akan boleh keluar negara clear 50% dari pinjaman kita tu... adoi.. tu la boleh bayar sikit-sikit tak nak bayar.. kena bayar seketul 50% kan dah terkial2 heheh
Kat sini saya nak share macam mana anda boleh check status blacklist anda. Saya gunakan cara SMS aje sebab lebih senang.. kat bawah saya ambil dari website PTPTN. Senang je anda boleh mula sekarang.
Kemudahan kepada peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan dan pendeposit untuk mengetahui baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara cepat dan tepat dengan menggunakan telefon mudah alih. Cuma taipkan:
 
Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPIN<>NOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636

Untuk semakan baki pinjaman pendidikan anda:
PTPTN PINJAM<>NOKP<>NOPIN

Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654

Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPN<>NO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986



Untuk semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:
PTPTN LEGAL<>NOKP
<>NOPIN
dan hantar ke 33199

Dimaklumkan perkhidmatan sms ecukai ditangguhkan atas kerja-kerja penyelenggaraan.

Caj 50 sen akan dikenakan bagi setiap SMS.

Beroperasi 24 jam sehari.

NOTA : Untuk pembelian no pin Permohonan Pinjaman Online melalui SMS, klik di sini.
 Harap informasi ni berguna untuk anda.

Kepada yang tak kena blacklist dan nak melancong ke oversea, selamat melancong dengan aman  hehehe

Kalau ada masalah nak try sms tu contact saya kat bahagian komen ok
Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

1 comment :

  1. At times a treadmill will decide to perform its own point,
    taking its operator on a wild bucking bronco roller
    coaster trip which could stop in ruined physique parts.


    my web page adjustable dumbbell set

    ReplyDelete