Promoted Content

Akhirnya KancilKu Diisytihar Sebagai Patuh Syariah.. Eh Silap! Patuh Undang-undang

by 5:07 AM 0 comments
setelah beberapa lama tertanguh-tangguh nak uruskan pemasangan tali pinggang keledar (Seat Belt) belakang untuk sang kancil aku, akhirnya berjaya juga semalam siapkan juga.
Problem sebenar nak pasang seatbelt belakang ni bukan apa, tapi masalah nak cari masa sesuai untuk hantar ke pusat service perodua, pastu problem kedua bila dah ada masa sesuai service center lak fully book. so camne tu?
Akhirnya semalam selepas dapat info dari service center berhampiran dengan aku pagi-pagi lagi aku terus menuju ke tol jalan duta.. sampai tol jalan duta tengok tepi sebelah kiri tak de pun tempat macam nak pasang seatbelt tu.. khemah apa satu pun tak de? ni dah bayar tol dah ni.. kalau terus naik bukit lanjan ni...


Rupa-rupanya bila pandang kanan sebelah sana rupanya diorang buat.. buka shell selepas masuk tol tapi shell selepas keluar tol jalan duta.. alamakkatak... camne nak pegi sebelah sana lak ni? apa nak buat terus je le naik bukit lanjan pegi keluar tol sungai buloh, bayar tol, pusing masuk balik, ambil tiket tol sekali lagi, menuju ke tol jalan duta semula, bayar tol sekali lagi dan baru jumpa ramai-ramai orang dan khemah untuk pemasangan percuma seatbelt tu... adoi... walaupun pasang seatbelt belakang ni free awal-awal dah kena modal RM3.80..ok la kan..


Seterusnya aku ambil borang dan tunggu dalam kereta untuk giliran. lagipun hujan lebat masa tu.. kalau niat nak demam nak main ujan boleh ke tunggu kat luar..
berikut adalah gambar-gambar sekitar proses pemasangan tali pinggang belakang perodua kancil aku, pemilikpemilik perodua yang lain, team perodua, team proton dan tak lupa Pakcik JPJ dan Pakcik Polis Trafik.



Jadi aku punye azab dah selesai.. korang pulak bila lagi?
Masih ada masa sampai 31 Dec 2011 ni untuk pemasangan percuma dan tak kena saman.
Lepas tarikh ni sendiri mau ingat.
Jadi kalau nanti tanya :
Kat mana nak dapat pemasangan tali pinggang keledar belakang perodua dan proton? jawabnye - dah tak de
Berapa harga pemasangan tali pinggang keledar belakang perodua dan proton pada tahun 2012? jawabnye - entah.. ikut nafsu perodua dan proton ler.. diorang bagi free tak nak
Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

0 comments :

Post a Comment