Promoted Content

Bagaimana Tukar Modem P1 Wimax Lama Dengan Modem Baru?

by 7:30 AM 3 comments
Setelah dekat 3 tahun aku gunakan modem kotak hitam P1 Wimax 4G, maka dah tiba masanya aku upgrade ke modem yang lebih baik dan laju.

Idea ni muncul dah lama,setiap kali lalu depan Maybank mesti ada bebudak P1 approach dan kata nak tolong upgrade kan modem aku, tapi aku KENA PERGI SENDIRI ke HQ P1 Wimax untuk return modem lama dan lepas tu baru lah aku boleh guna modem baru tu. Pasal nak ke PJ untuk pulang kan modem tu yang aku malas sekali, kata nak tolong tapi kita yang kena buat semua tu. Akhirnya terkubur niat aku tu.

Tiba-tiba minggu lepas ada satu chinese girl dari P1 Wimax call kata nak tolong upgradekan modem aku ke modem baru. Dia cakap tak payah susah, dia akan hantar seseorang untuk hantar modem baru pada masa yang sama dia akan kutip modem lama. Kira macam tukar ganti la. Aku suka dengan idea tu.

Apa yang aku perlu buat adalah hanya tunggu kat rumah, seseorang akan datang ambil. Aku perlu bayar RM100 sebagai deposit. Selain dari tu aku juga dapat modem WIGGY, di gunakan untuk mobile. senang nak bawak. 3 bulan boleh guna free lepas tu kena bayar hanya RM30/bulan.

Oklah sebab dah tolong uruskan semua, aku setuju jek dan pada hari yang di janjikan aku dah dapat modem p1 Wimax yang baru. Berikut adalah gambar-gambar modem tu.













Berkaitan kelajuan modem terbaru, aku masih cuba lagi.. tapi video nampaknya makin laju streaming nye. Opss sebelum aku terlupa kenapa aku suka guna P1? kerana ada wifi boleh kongsi dengan wife.
Siapa lagi kat sini guna P1 Wimax? macam mana pendapat anda? kenapa suka? kenapa tak suka?
Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

3 comments :

  1. Saya baru seminggu lebih bayar RM100 dan bayar RM70 selama 3 bulan pakej asal RM99 bulan pertama bayar RM130 (18 hari guna RM50+ RM70)tapi wiggy tak dapat pun

    ReplyDelete
  2. Dah 3thn gak guna...mmg terbaekk..tp modem x tukar lg sbb kes malas jugak..huhu

    ReplyDelete
  3. PERHATIAN KEPADA PENGGUNA DAN BAKAL PENGGUNA P1 WIMAX: BERHATI-HATI
    Sekadar berkongsi pengalaman
    Jika nak terminate, kena pulangkan modem dalam keadaan sempurna sahaja
    kalau x, anda akan dikenakan charge. Modem wifi RM2++ dan modem broadband yang cucuk dekat laptop RM 199 hu3..tiada kompromi..ambo dh terkena hu3
    jadi jagalah modem anda elok2..sekadar perkongsian kepada sesame rakan

    ReplyDelete