Sekarang ni dah banjir dah sungai Chao Praya... hampir semua tempat yang aku dan wife visit dah kena tenggelam dek air
Aku nak sambung kisah bercuti ni.. post sebelum ni aku dah cerita pasal perjalanan kami nak ke bangkok hingga lah sampai ke hotel.
Sekarang aku nak sambung tentang apa yang kami buat malam pertama.
Seperti yang aku dah bagitau sebelum ni kami belum makan lagi masa sampai ke hotel.. nak makan kat luar tak tahu tempat halal... lapar tak hengat dah masa tu...
Wife aku belek-belek beg jumpa la megi cawan... cayalah... dapat la isi perut jap...
Nak masak megi nak kena ada air panas.. ingat kan adalah water heater atau cerek dalam bilik.. tak jumpa la pulak.. yang jumpa hanya plush (entah betul ke tak ejaan ni) air yang tempat simpan air panas tu kat dalam bilik.
Biar betul? mana nak cari air kalau xde cerek...
Aku call si front office tanya pasal cerek..
sekali lagi aku tanya bior betui????
nak air kena bawah plush air tu ke luar bilik, tepi lift. kat situ ada macam water heater tempat hotel masak air..
pertama kali dalam hidup aku jumpa kes macam ni.. apa punya hotel da????
ok la asal ada sudah.. kami pun makan je la megi cawan tu...
malam dah sampai, kami kena cari tempat makan yang halal sebab nak kena makan berat gak ni... dah lembik ni...
Kami buat keputusan keluar cari tempat makan, kalau ikut cerita kawan2 yang pernah datang bangkok, ada tempat nama MBK macam sogo la...
kat situ senang nak cari makan halal.. ok la...
selepas naik teksi kami sampai ke MBK.. hentam je masuk.. naik ke tingkat atas.. alhamdulillah jumpa juga sebuah restoran halal. Nama restoran tu adalah Yana Restaurant
makanan kat sini sedap2 juga.. merasa la tomyam asli thailand.. pekat.. sedap.. tapi mahal gak la... selain tu kami juga order ayam masak bersama gajus...
Kami dah rambang mata... tak banyak la beli tapi tetap macam2 ada...
Nak balik semula ke hotel agak mencabar bagi kami. Mencabar kerana apa? kerana cukup payah nak cari teksi murah atau tut tut yang nak hantar kami ke hotel.
Kalau datang tadi 60 Baht (RM6) tapi nak balik kena bayar 200 baht (RM20) mahal tu...
tapi kami main hentam je la. bagi dia peta suruh dia try2 jalan...
dah pusing2 naik baik sampai hotel.. bagus tu si tut tut drive ni...
Akhirnya sampai juga..
malam yang mengujakan tapi tetap mencabar...
esok nak kena bangun pagi2 kerana kena ikut half day city tour yang kami dah bayar awal2.. masa nak dtg bangkok dulu..
malam yang penat tapi mengujakan... masa untuk tidur dulu...
Setakat ni dulu. nanti kita sambung lagi tentang pengalaman ke tempat-tempat menarik di sekitar bangkok...
tima kasih utk info.raya nie nk pergi bangkok.naik kereta sendiri sb nk adventure.x sabar rasanya.tgk gambar memang best.tq sb bg info
ReplyDelete