Promoted Content

Pengalaman Makan Ikan Bakar Sekinchan

by 6:08 AM 1 comments
Di manakah nak makan ikan bakar? Baru-baru ni aku dan & cik wife ada cuba makan kat Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Desa Tun Razak @ Bandar Tasik Selatan. Berikut adalah gambar-gambar dan review aku tentang tempat ni.
Kat depan Restoran Sekinchan Ikan Bakar, cawangan Desa Tun Razak

Permata hatiku sedang sedut jus dua gelas sekali tu..

suasana dalam kedai... 

hahaha cuma 3 ekor udang.. nak rasa je..

Ikan pari bakar.. bukan pari-pari

Ini Sotong bakar.. bukan sutun ok..

"aaa...mana mata ku " kata si ikan....

Dah sedia nak mengempur... makan jangan tak makan

Selepas kejadian..inilah hasilnya.. lincin.
Secara ringkasnya:
Baik :-
  1. Tempat memang tak sibuk, jadi senang nak parking,
  2. Tempat senang nak cari, cuma kena masuk ke dalam sikit je
  3. Sasa ikan bakar dan seafood bakar yang lain memang fresh dan sedap. 
  4. Kuah / sos sodap
  5. Masa menunggu hanya sekejap..kurang dari 30min (kalau lebih 30min kita akan dapat diskaun 25%)
Perlu Diperbaiki:
  1. Nasi lemak cepat sangat habis
  2. Pilihan seafood sangat terhad atau mungkin dah habis kot.. kerang, lala tak de pun?
  3. Pekerja hampir semua Bangla yang tak paham sangat kita cakap apa
  4. Order air tembikai laici.. sampai tembikai aje..laici belum petik dari pokok kot?
  5. Tokey dia kot atau mungkin staff dia buka buku akaun depan customer... nak kira untung pun kat belakang / dalam office la oii..
Rumusan:
Sekinchan ikan bakar memang sedap tapi di cawangan Desa Tun Razak tidak dapat memenuhi expectation aku...

Rating: 5/10
Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

1 comment :

  1. salam...napa dikatakan rsib dfesa tun razak tidak menepati citarasa en...i just nk berekongsi pendapat....

    ReplyDelete