Promoted Content

28 watak-watak yang muncul semasa percutian kami ke Kota Bangkok

by 8:51 AM 0 comments
Seperti yang aku janjikan, sekarang aku nak kongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar semasa percutian ke Kota Bangkok minggu lepas.

Sebelum teruskan dengan cerita-cerita pengalaman, aku teringin nak kongsi dulu watak-watak yang akan muncul dalam kisah kami. Mereka-mereka ni adalah orang-orang yang kami jumpa sepanjang percutian ini. Kemunculan mereka ni menjadikan percutian kami seperti sebuah pengembaraan yang menarik dan mencabar.

Baik lah mari kita kenal beberapa watak yang masih saya ingat:
  1. Ben - Si usahawan santan dari Malaysia
  2. Sepasang tourist dari Malaysia No.1
  3. Mark - Si Tourist Guide yang buat lawak aje kerja dia 
  4. Front Office Hotel yang tak tahu apa-apa
  5. Driver Taxi No.1 
  6. Si Penjual Cenderahati No.1 
  7. Si Penjual Cenderahati No. 2
  8. Si Penjual Pokok Bunga Berlampu
  9. Si Penjual Cendera hati  No.3
  10. Driver Taxi No. 2 yang up melampau tambang taxi kalau nak guna 
  11. Driver Tut Tut No.1 yang main redah aje tapi sampai
  12. Si Pondan Penjual bunga
  13. Si Penjual Floating Market (Konon-kononnye)
  14. Sepasang tourist dari Malaysia No.2
  15. Si peniaga khidmat sewa baju tradisional Thai
  16. Si Gadis kedai barangan kulit yang cakap "cannot take photo here"
  17. Si Lelaki yang mengaku Manager Shopping Mall tapi berdiri luar bangunan dan mengaku Islam
  18. Si Driver tut tut ke-2 yang blur2 dan ambil tambang sikit je
  19. Si nyonya penjual permata
  20. Si lelaki mengaku nama Hassan dan tapi rekemen kami kedai makan buddha
  21. Si Driver Tut tut paling baik bernama Wandee
  22. Marojee si tokey kedai makan Halal dari Patani
  23. Dua orang tukang urut Thai
  24. Si Driver taxi ke 3 yang tak paham langsung english tapi tetap nak bercakap dalam bahasa Thai dengan kami macam ayam cakap dengan itik
  25. Si driver Taxi ke 4 macam ngantuk aje
  26. Si Drive Tut Tut yang sanggup bagi kami tambang murah kalau sanggup singgah sebuah kedai
  27. Si driver taxi ke 5 tawarkan tambang mahal dan kalau nak diskaun kena singgah satu kedai lain dulu
  28. Si driver taxi ke 6 yang buat2 tak tahu jalan ke hotel tapi bila sanggup bayar lebih pandai ke dia cari jalan
Rasanya itulah beberapa orang yang aku masih ingat. Betul tak aku kata baru aku cerita sikit pasal watak-watak ni, korang dah boleh imagine berapa mencabar dan menariknya percutian kami ni.

Oklah, setakat ni dulu sebab lepas ni nak sambung tulis post pasal percutian ini.

Jangan lupa komen dan like ye... dan jangan lupa baca sambungan post ni dalam post akan datang
Promoted Content

Unknown

Developer

mohd fauzi ibrahim

0 comments :

Post a Comment